KURSUS INDUKSI DI PULAU PANGKOR

Monday, April 27, 2009

KURSUS INDUKSI PULAU PANGKOR

Pada tanggal 24 Januari 2009 sehingga 27 Januari 2009, Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan satu kursus yang dikenali sebagai Kursus Induksi. Kursus ini telah dijalankan di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan selama 4 hari dan melibatkan seramai 00 peserta yang terdiri dari kalangan Urusetia Unit Sukan dan Rekreasi Pelajar USIM. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada urusetia-urusetia tentang hubungan kehidupan dengan alam sekitar serta memberikan pengalaman-pengalaman yang berguna dalam mengharungi kehidupan. Begitu juga, memberikan pendedahan mental dan fizikal kepada peserta-peserta.













MAJLIS PELANCARAN LARIAN OBOR AUG KE-14 2008 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA, PUTRAJAYA

TANGGAL 11 November 2008 yang lalu, Pusat Sukan USIM telah diberikan satu penghormatan untuk menyertai Majlis Pelancaran Larian Obor AUG Ke-14 2008 yang telah diadakan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya. Untuk tujuan itu, Pusat Sukan telah menghantar seramai 19 orang Urusetia Sukan & Rekreasi Pelajar (USRp) untuk berbasikal di 9 checkpoint larian obor sekitar Putrajaya. Pada hari tersebut, kami bertolak ke sana pada pukul 1.00 petang dengan menaiki bas USIM. Majlis tersebut bermula pada pukul 2.30 petang dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.








ASEAN UNIVERSITY GAMES 14th

Tarikh: 11-22 Disember 2008
Tempat: Stadium Tertutup, USIM

Sukan Universiti Asean atau Asean University Games 2008 adalah salah satu acara terbesar negara pada tahun 2008. Acara ini melibatkan penyertaan oleh universiti-universiti dari negara-negara asean sebanyak 11 buah negara. Pelbagai kejohanan telah diadakan termasuk kejohanan olahraga. Stadium Tertutup, USIM telah terpilih sebagai salah satu venue kejohanan bagi kejohanan teakwando. Urusetia Unit Sukan dan Rekreasi Pelajar, USIM telah menghantar seramai 35 orang urusetia sebagai urusetia teknikal bagi kejohanan taekwando dan beberapa orang lagi sebagai urusetia pengangkutan dan perubatan. Bagi memantapkan lagi pengurusan, semua urusetia dikehendaki melalui beberapa fasa kursus yang terdiri daripada kursus fasa 1 dan kursus fasa 2. kursus-kursus ini telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Sukan Universiti Asean ini telah berlangsung pada 11-22 Disember 2008. Sepanjang tempoh ini para urusetia telah bertungkus-lumus bagi menjayakan kajohanan ini selari dengan matlamat negara untuk menjadi penganjuran terbaik dalam Sukan Universiti Asean.








EKSPEDISI BERBASIKAL DAN MENDAKI GUNUNG DATO’

Tarikh: 11 dan 12 Oktober 20008
Tempat: Pusat Sukan, USIM dan Gunung Dato’

Ekspedisi Berbasikal dan Mendaki Gunung Dato’ ini telah diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2008. Ekspedisi in telah disertai oleh Urusetia Unit Sukan dan Rekreasi Pelajar serta beberapa orang staff USIM. Bertempat di Pusat Sukan USIM, ekspedisi ini dimulakan dengan kayuhan basikal oleh kumpulan pertama. Manakala kumpulan kedua menunggu di checkpoint seterusnya. Perjalanan diteruskan hingga ke kaki Gunung Dato’. Ekspedisi mendaki pula dimulakan selepas solat zohor. Pendakian mengambil masa selama lebih kurang_dua setengah jam. Pada hari kedua, para peserta meneruskan perjalanan pulang dengan megharungi cabaran menuruni gunung yang curam. Atas usaha yang gigih serta tidak mudah berputus asa, para peserta telah berjaya menamatkan ekspedisi ini dengan jayanya.

PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN 2008

Tarikh:
Tempat: Kompleks Sukan, USIM

Program Penggalakan Sukan yang bertempat di Kompleks Sukan, USIM ini adalah satu program yang bermotifkan pengenalan acara-acara sukan kepada para pelajar khususnya pelajar baru menggalakan mereka supaya aktif bersukan disamping aktif bidang akademik. Pada tarikh seperti yang tertera, acara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Naib Canselor bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dato’ Muhammad Asin Bin Dollah. Pelbagai acara telah diadakan sepeti bola tampar, bola jaring dan lain-lain. Program ini telah berlangsung selama sehari dan telah tamat dengan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

SUKAN ANAK YATIM NEGERI SEMBILAN (SUKYA) 2008

Tarikh: 15, 16 dan 17 Mei
Tempat: Kompleks Sukan UPM dan Staduim Tertutup, USIM

Pada tarikh 15, 16, dan 17 Mei telah berlangsungnya sukan Anak Yatim Negeri Sembilan atau SUKYA. Aktiviti ini telah disertai oleh tiga buah rumah anak yatim iaitu Peyakin Negeri Sembilan, Persatuan Anak-Anak Yatim Ulu Gadong dan Persatuan Anak-Anak Yatim Port Dickson. Sukan ini adalah hasil kerjasama antara Peyakin NS bersama USIM. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Sukan Olahraga yang telah berlangsung di kompleks sukan UPM. Aktiviti lain ialah Pertandingan Berbalas Pantun dan Sukan Tradisional yang disertai oleh para pengiring. Majlis perasmian bagi Sukan Anak Yatim ini telah diadakan di kafe Nilam Court pada 15 mei 2008. Pada keputusan akhir perlawanan menyaksikan Persatuan Anak-Anak Yatim Ulu Gadong telah menjuarai keseluruhan pertandingan sementara Peyakin Negeri Sembilan di tangga Perak dan Persatuan Anak-Anak Yatim Port Dickson di tangga ke-3.










SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA)2009

Tarikh: Mac 2009
Tempat: Kompleks Sukan,USIM

Sukan Antara fakulti 2009 (SUFA) telah berlangsung pada Januari hingga Mac 2009. Dalam tempoh ini pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton, boling padang, tenpin boling, frisbee dan futsal. Program ini telah berlangsung pada hujung minggu selama beberapa minggu. Sepanjang tempoh tersebut, setiap fakulti telah berusaha dengan gigih serta bekerjasama bagi merebut gelaran johan dalam Sukan Antara fakulti ini. Keputusan Akhir kejohanan menyaksikan gelaran johan disandang oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang, FSU.




  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008. Modified by aizat@pokjak and Iqbal

Back to TOP