USIM ANJUR TARIK TALI TERBUKA 2009
6 Mac 2009- Pada 28 Mac ( sabtu ) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Kompleks Sukan USIM, bakal berlangsung Kejohanan Tarik Tali Terbuka USIM 2009 bertempat di kampus Utama di Nilai Negeri Sembilan.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Pasukan Tarik Tali USIM dikendalikan bersama oleh Bahagian Keselamatan serta Pusat Sukan USIM turut mendapat sokongan dari Majlis Sukan Kakitangan USIM. Kejohanan yang julung kali dipertandingkan ini bakal disertai lebih dari 30 pasukan dari seluruh negara termasuk dari agensi kerajaan, Kelab , IPTA dan pasukan badan beruniform.
2 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Awam yang terdiri dari dan Terbuka Beruniform termasuk ATM, Bomba dan PDRM. Sementara itu menurut En. Abdul Wahab Mat Zin selaku Pengerusi Kejohanan tersebut menyatakan kejohanan ini adalah sebahagian dari program persediaan kepada pasukan tarik talik USIM dan pasukan dari IPTA yang lain untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf IPTA kali ke 35 di Universiti Malaysia Terenganu Jun ini. Kita optimis untuk melihat jauh kejohanan seperti ini bakal memberi pendedahan kepada pasukan yang akan bertanding untuk kejohanan yang lebih besar lagi.
0 comments:
Post a Comment